Isnin, 23 November 2009

Selasa, 17 November 2009

Orang Asal Tongod Menuntut Hak Tanah Dikembelikan

Tongod: Jawatankuasa Gabungan Penuntut Tanah (JGPT) Tongod terus menuntut kerajaan untuk kembalikan Tanah Adat (NCR) mereka. Tuntutan Tanah Adat ini bermula pada tahun 2000 dan didaftarkan di Makhamah Tinggi Kota Kinabalu dengan diwakili lima plentif yang mewakili JGPT tetapi sehingga sekarang hak orang asal belum dikembalikan oleh kerajaan.

Penduduk kampung yang terlibat dalam JGPT Tongod adalah Kg.Menanam, Kg.Namukon, Kg.Maliau, Kg.Napagang dan Kg.Minunsoh yang mempunyai penduduk lebih kurang 2000 orang yang bersama-sama menuntut NCR.

“Pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan masih lagi tidak memberi respon yang positif tentang masalah ini terutamanya pemilikan Tanah Adat Orang Asal (OA) di Tongod dan mereka seharusnya melihat dan menyelesaikan perkara ini dengan segera sebelum pilihanraya yang akan datang,” kata pengerusi JGPT Tongod, Felix Ukil.














Menurut penduduk, kawasan kediaman mereka ini mempunyai sejarah tersendiri kerana ia pernah menjadi Kawasan Pendamaian antara suku kaum di kawasan sekitar Tongod, dan kini sudah sembilan generasi menduduki kawasan ini.

Namun begitu, sebuah syarikat dari semenanjung Malaysia, iaitu AsiaTic Sdn. Bhd. telah menceroboh masuk pada tahun 2000. Tujuan syarikat adalah untuk meneroka tanah adat penduduk kampung dan seterusnya menanam kelapa sawit secara besar-besaran yang merangkumi kawasan hampir 6,400 hektar. Sejak itu, penduduk telah mula menunjukkan bantahan terhadap pencerobohan ini dan kes ini masih berada di mahkahmah rayuan.

Ujar Felix Ukil lagi: “Kami penduduk kampung dalam kawasan JGPT, Tongod menyokong penuh atas dasar slogan kata yang diungkapkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang sekarang ini iaitu 1Malaysia, Rakyat di Dahulukan Pencapaian Diutamakan.

“Akan tetapi apa yang menjadi tanda tanya kepada kami sebagai Orang Asal, ke manakah sudah slogan yang dilaung-laungkan selama ini?

“Kami orang asal beranggapan slogan tersebut adalah 1Malaysia, Syarikat Didahulukan, Rakyat Diketepikan dan pihak kerajaan harus berfikir apa yang harus diutamakan, sama ada syarikat atau rakyat?”

Ahad, 15 November 2009

UNDRIP Dan Orang Asal


Article 4

Indigenous peoples, in exercising their right to self-determination, have the
right to autonomy or self-government in matters relating to their internal and local
affairs, as well as ways and means for financing their autonomous functions.

(artikel 4,menujukakn bahawa hak orang asal kepada tanah di iktiraf di peringkat antarabangsa)


(ini adalah website yang mengandungi,hak-hak orang asal yang di iktiraf di peringkat antarabangsa)

(http://www.tebtebba.org)

Pembangunan Dan Kesannya Kepada Orang Asal....




Sekarang apa sudah jadi???hutan musnah,sungai jadi keruh.....sumber-sumber dalam hutan hilang entah kemana..siapa pelakunya????manusia lah.....manusia yang tak pernah,berterima kasih atas pemberian yang maha kuasa.....kerana kerakusan,manusia sanggup buat apa sahaja.....siapa sengsara????orang asal yang tinggal berhampiran....kerana hidup mereka bergantung kepada sumber........siapa kaya????balak-balak yang ada di dalam hutan siapa yang ambil????bukan orang asal kan????bukan orang asal yang kaya kan????orang luar.....yang ambil segala harta orang asal.....

Orang Asal Dan Hutan




Hutan yang masih hijau,keadaan kampung yang cantik dan bersih daripada pencemaran alam.....serta sungai yang masih terjaga daripada pencamaran....

Orang Asal Dan Sumber Hutan Dalam kehidupan Seharian



kalau dahulu,orang asal tidak perlu turun ke bandar,pekan untuk membeli ikan,daging dan sayur-sayuran untuk di makan.ini kerana,semua sumber yang di perlukan ada di kampung mereka...lihat gambar tersebut seorang belia menangkap ikan untuk makanan...