Khamis, 10 Disember 2009

XPDC DI EMPANGAN BABAGON TAMPASAK

Tampasak adalah sebuah kampung yang terletak kira-kira 50 km daripada pekan dongongon penampang. Menurut orang kampung yang tinggal di sana,nama kampung Tampasak di ambil sempena perkataan "Mogonsok "dalam perkataan kadazan dusun iaitu memasak. Kampung Tampasak di Huni oleh kaum kadazandusun yang memang berasal dari kampung tersebut,dan kebanyakan mereka berkerja sebagai Petani dan ada juga yang berkerja di sektor-sektor swasta dan kerajaan. Pada Tahun 1980an satu Projek Pembinaan empangan bekalan air untuk kegunaan orang-orang di sekitar kota kinabalu.Menurut seorang,penduduk kampung tampasak En.Paulus Pius,"Kami tidak mengetahuai sebenarnya tujuan Pembinaan empangan tersebut,setalah mendapat tahu kenderaan-kenderaan untuk membina empangan telah pun mula beroperasi " katanya semasa membuat perkongsian kepada peserta-peserta XPDC. Sudah banyak cara mereka buat bantahan sehinggakan di peringkat KM pada ketika itu,akan tetapi empangan itu terus juga di bina sehinggah la ke hari ini dia beroperasi.Tujuan utama XPDC ini di lancarkan adalah untuk membuat perkongsian,dan berkongsi masalah sejarah khususnya kepada Belia-belia pada ketika ini yang akan bakal mewarisi kampung tersebut,selain itu memberi mereka kesedaran betapa pentingnya sunber dan kazanah alam semulajadi yang perlu di jaga daripada pembangunan yang memusnahkan alam dan warisan kepada generasi yang akan datang.


(ini pemandangan empangan di kampung tampasak)


(kawasan kampung pada dahulunya kini bertukar menjadi empangan)

Di sinilah,letaknya perkampungan kampung tampasak sebelum kewujudan empangan. Kawasan ini di diamai penduduk sekitar 300 orang,yang pada mulanya akan di pindahkan di Tawau,akan tetapi penduduk tidak bersetuju untuk berpindah disana.Walauapapun,penduduk telah di berikan rumah oleh kerajaan untuk penempatan baru,akan tetapi rumah yang di berikan itu sangat kecil,yang hanya dua bilik sahaja.





(ini adalah gambar para peserta XPDC)


(Belia-belia yang mengikuti XPDC)

Khamis, 3 Disember 2009

Suara Muda-mudi Orang Asal Dari Kalabakan

Penantian penduduk kalabakan berakhir







Kalabakan,satu nama tempat yang ada segelintir masyarakat tidak mengetahuai tentang kewujudannya. Setalah 52 tahun negera kita merdeka dkhirnya kalabakan terang benderang pada waktu malam tanpa bunyi generator. Berupuluh tahun yang lalau,penduduk kampung hanya menumpang generator penduduk kampung yang mampu membeli sebuah generator dan membayarnya setiap bulan sebagai duit minyak.



Kini penantian penduduk kampung kalabakan telah berakhir,kegelapan telah berubah menjadi terang. Dengan hanya memetik suis,lampu dapat dihidup dan di matikan bila-bila masa sahaja. Itulah janji ADUN N.59 Tanjung Batu iaitu Dato’Hamsah samat selepas kemenangannya pada pilihanraya tahun ini dan siap sepenuhnya pada penghujung jun yang lalu. Kontraktor yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kerja-kerja pendawaian ialah (SSB).



Pelbagai ura-ura yang mengatakan elektrik tersebut akan beroperasi sepenuhnya sebelum hari raya aidilfitri. Namun demekian,seperti kata pepatah “Indah khabar dari rupa”,hampir 75% penduduk kampung ini menikmati kemudahan tersebut menjalang hari raya aidil adha yang lalu. Walaupun agak terlewat,penduduk kampung tetap bersyukur akhirnya penantian mereka sejak sekian lama berakhir juga. Ad aura-ura juga mengatakan bahawa baki rumah yang bergelap sekarang ini akan terang benderang menjelang tahun 2010.



Ketua kampung kalabakan En.Suping Ajak berkata “saya berasa bersyukur,akhirnya kampung ini terang benderang seperti yang dijanjikan oleh kerajaan UMNO,walaupun sekianlama menanti”. Beliau juga berasa sedikit sedih kerana ramai warga emas kampung ini telah meninggal dunia dan tidak sempat menikmati kemudahan ini. Kewujudan kemudahan ini juga telah memudahkan penduduk kampung melakukan kerja-kerja seharian seperti mecuci menggunakan mesin basuh dan memasak menggunakn periuk elektrik. Para peniaga juga turut merasai bahang keistimewaan kemudahan ini dalam penjualan makanan sejuk beku.



Oleh yang demikian,penduduk kampung sangat berterima kasih kepada pihak kerajaan atas pemberian kemudahan asas ini. Mereka juga berharap kemudahan asas yang paling penting iaitu air dapat diberikan kepada mereka pada masa yang terdekat ini.









Disediakan oleh: Yusof Isid @ Ujangku

Mohd Sulaiman Ahmad @ Leman

Effirini Durahim @ Mimie

Nurliyana Junior @ Leeya

Sarimah Abdul Hamid @ Qie’mai



Belia kalabakan Bakal Menjadi Wartawan komuniti





Kalabakan ,Tawau -29 Nov Center For Independent Journalism (CIJ) telah menganjurkan latihan kewrtawanan yang berlangsung di Resort Relda kalabakan selama dua hari. Seramai 21 orang belia kalabakan dari beberapa buah kampung sekitarnya,iaitu kampung murut,kampung serudung dan rancangan kalabakan yang telah mengikuti kursus ini. Seorang Penceramah jemputan dan di Bantu oleh dua orang fasilitator telah mengendalikan kursus selama dua hari ini. Menurut salah seorang fasilitator kursus tersebut,ini bertujuan melatih wartawan komuniti di kalangan belia di kampungini dengan kemahiran dalam penulisan dan portal web dan memuat turun cerita-cerita,gambar-gambar dan audio.



Ketua kampung kalabakan,En.Suping Ajak berkata, “saya beharap kursus ini dapat diadakan lagi untuk membuka minda belia saya di kampung ini”. Salah seorang peserta kursus ini juga dari kampung serudung laut,Katrina pula berkata “saya bangga dan bersyukur kerana dapat menghadiri kursus ini.Ia dapat membuka minda saya tentang pentingnya kita menjaga hak-hak komuniti kita”.





Peserta-peserta kursus juga berharap akan dapat menghadiri lagi kursus ini di fasa ke 2 yang mungkin dilaksanakan pada tahun hadapan.





Disediakan oleh:Yusof Isid

: Modh Sulaiman Ahmad

: Effirini Durahim

:Sarimah Abdul Hamid

:Nurliyana Junior

































Penantian Yang Tiada Kejadian





Tahun 1963 berlaku perang konfrantasi Malaysia dan Indonesia. Kerana kampung serudung letaknya dekat sempadan ,maka demi keselematan penduduk dari ancaman musuh,penduduk kampung dipindahkan ke batu 18,Apas bawang Tawau. Orang serudung dipindahkan kerana takut ancaman musuh dan demi keselamatan nyawa menurut cerita Suping Bin Ajak.





Pada tahun 1965,sebahagian penduduk kampung kembali ke kampung halaman serudung untuk menjaga tanah adat mereka.pada tahun 1983,permohonan dibuat oleh penduduk kampung ,tetapi 1985,permohonan tersebut ditolak oleh jabatan tanah dan ukur,alasanya kerana kawasan yang dipohon terletak dikawasan hutan simpan . Pada tahun 1999 permohonan susulan di buat oleh penduduk kampung tetapi tahun 2001 permohonan tersebut di tolak oleh jabatan hutan dan ukur kerana tanah tersebut telah diberikan kepada penduduk rakyat termiskin. “Program rakyat termiskin ada dibuat dekat kawasan tersebut,tetapi bukan kawasan yang di pohon”menurut kata kilowan bin samputin pengurusi JKKK kampung serudung.



Pada tahun 2003,sebanyak 4 bahagian tanah telah di wartakan kepada YB Abbas Ali dan tahun 2005 4 bahagian tanah tersebut diberikan kepada Datuk Albert Lim.kenyataanya tanah tersebut bukan untuk rakyat termiskin tetapi diberikan kepada individu yang ada kuasa.



Inilah ketidaktulusan kerajaan dalam meluluskan permohonan rakyat. Jika kerajaan meluluskan berdasarkan kelayakan orang yang sepatutnya. Diberi kelulusan kerana orang kampung mempunyai bukti sebagai tanah adat. Menurut K.K Milter, “kami yang sepatutnya mendapat tawaran kerana kami mempunyai bukti seperti buah-buahan,kebun-kebun,kuburan nenek moyang. Sedangkan Datuk Abbas dan Datuk Albertlim tidak mempunyai bukti ke atas tanah tersebut.



Seorang penduduk namanya John memberi ulasan tentang masalah tanah kampung serudung,katanya ia tidak selari dengan slogan yang di ungkapkan oleh perdana mentari Najib Tun Rajak,rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan. Sepatutnya penduduk lah di utamakan.









Serudong Youths:Kath

:Anna

:Nalia

:Calis

:Jaiton



Dua orang Belia tidak Dapat mengikuti seminar kewartawanaan





Kalabakan,30 Nov Dua kumpulan belia tidak dapat menghadiri eminar media kewartawanan,disebabkan oleh masalah kos pengangkutan dan factor keselamatan dari kampung serudong. Ini adalah kerana kampung serudong terletak di kawasan pendalaman yang mengalami masalah pengagkutan seperti penggunaan sampan dan kenderaan pacuanempat roda(4 x 4). Menurut saudara Ronney iaitu salah satu peserta seminar kewartawanan yang tidak dapat hadir berkata “saya harus menyewa kenderaan dengan kos yang mahal kerana jarak antara kalabakan dan serudong adalah jarak yang jauh”.



Bebarapa belia yang ingin hadir ke seminar tersebut terpaksa menggunakan sampan untuk menghadiri seminar kewartawanan. Seorang penduduk berkata “saya sebagai ayahny Ronney berasa bimbang akan keselamatan anak saya kerana terpaksa menyusuri sungai yang bebahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca.





Harapan dua kumpulan belia itu,untuk menyertai seminar media kewartawanan yang di anjurkan oleh CIJ dan Pacos trust,yang memberi keterangan tentang kewaratawanan dan memberi pengetahuan yang banyak kepada belia di kawasan pendalaman,akibat daripada permasalahan ini,pihak kerajaan spat memperbaiki masalah penduduk kampung serudong.