Isnin, 4 Mei 2009

PERTEMUAN BUDAYA KALI KE-16 DI ULU TOMANI TENOM

Pertemuan budaya pada kali ini akan di adakan di ulu tomani daerah Tenom.Kampung Alutok ulu tomani tenom,akan menjadi tuan rumah untuk pertemuan budaya kali ke-16 dengan bertemakan,"BERSAMA MEMARTABATKAN INSTITUSI TRADISI DAN UNDANG-UNDANG ADAT ORANG ASAL".Tema yang dipilih pada kali inin adalah untuk melihat,bagaimanakah keadaan institusi tradisi dan undang-undang adat dalam setiap komuniti/kaum.selain itu ia adalah untuk mengenal pasti apakah jurang/kelemahan dan kekeurangan yang sangat ketara dalam pengamalan institusi tradisi dan juga undang-undang adat pada masa kini dan seterusnya mencari jalan penyelesaian ke arah memperkukuhkan institusi tradisi dan juga undang-undang adat.

Pertemuan Budaya kali ini akan berlangsung selama 3 hari iaitu dari 3-6 /june/2009.Kampung Alutok ulu tomani adalah terletek 64km dari pekan tenom.Pejalanan ke sini akan mengambil masa selama 1 jam 30 minit,dengan mengunakan kenderaan pacuan 4 roda.Jarak Kota kinabalu ke daerah tenom adalah sejauh 100km.

Pelbagai aktiviti yang akan diadakan pada masa tersebut,iaitu seperti pertandngan menyumpit,melastik,tup belon,tiup tepung dan lumba perahu darat.Selain itu terdapat juga aktiviti seperti malam budaya dan juga pertandingan lagu ciptaan dengan mengunakan bahasa teradisi sendiri.Sepanjang hari pertemuan budaya tersebut, akan di adakan, bahan pameran yang berkaitan dengan kehidupan orang asal di sabah.Selain itu tamu-tamu juga akan di adakan sempena pertemuan budaya ini.Dan penduduk kampung akan berpeluang menjual hasil-hasil tanaman dan kraf-kraf tangan mereka.




Tarikh:3-6/06/2009
Tempat:Rumah kebudayaan kampung Alutok Tenom

Isnin, 17 November 2008

KAMPUNG SAYA,HUTAN SAYA.


Wah!!!!idahnya suasana hutan semulajadi ini....pasti anda ingin melihat hutan sebegini kan?kalau anda semua ingin lihat ia berkekalan ah...anda mestilah pandai menjaga hutan anda...cantikkan!!!!! udara yang nyaman,segar bebas daripada pencemaran alam,tentu baik..betul tak?oleh itu,kita sebagai penghuni sementara di bumi ini,harus lah menjaga alam kita seperti datuk nenek moyang kita menjaganya dahulu...kalau dah musnah,anak-anak kita nanti tak dapat menikmatinya...so ingat kata-kata ini,kita hanya,meminjam sumber ini dari anak_anak kita,jadi kita harus lah mengembalikan sumber ini seperti yang sedia kala...renug-renung lah.

KEHINDAHAN ALAM SEMULA JADI


Indahnya pemandangan Bumi yang hijau lagi cantik ini..suasananya yang nyaman,sesuai untuk menghilangkan segala stres yang ada....hehehe ketahuailah bahawa kehindahan alam itu tiada tandingannya...ia adalah salah satu anugerah tuhan yang amat berharga bagi semua penghuni-penghuni yang tinggal di bumi ini....cintaai lah alam semulajadi kita.