Ahad, 4 Oktober 2009

PENDUDUK DI SEPILOK RAYU BEKALAN AIR BERSIH




SANDAKAN : Sebilangan penduduk di sini mengeluh kerana air paip yang dibekalkan oleh Jabatan Air
ke rumah mereka berbau dan mengandungi rasa yang kurang menyenangkan.

Hampir dua bulan lebih lamanya penduduk disini terpaksa menggunakan air yang berbau dan kurang menyenangkan.
Ini menimbulkan keraguan terhadap mereka untuk meminum air tersebut walaupun sudah di masak.
Puan Clarissa selaku suri rumah sepenuh masa menyatakan, "kami terpaksa membeli mineral water dari kedai,kerana
tidak begitu yakin dengan keadaan air sekarang" jelasnya sewaktu di temubual.

Keadaan ini amat membebankan penduduk di sini kerana terpaksa berbelanja lebih untuk membeli air minum.
Ditambahkan lagi sudah hampir menjelang Hari Raya Aidilfitri yang sememangnya memerlukan air yang bersih bagi
menyambut perayaan tersebut.

Pihak yang berkenaan sepertinya masih belum mengambil langkah- langkah bagi mengatasi masalah tersebut.
Seharusnya,masalah ini di ambil serius kerana air amat penting untuk kehidupan seharian.Jika air tidak
bersih dan tidak selamat untuk di gunakan bagaimana kita menjalani kehidupan?Kerana air adalah
segala-galanya bagi manusia.

Oleh yang demikian,pihak yang seharusnya tidak harus membiarkan masalah air ini berterusan.Kerana.
apalah ertinya setitik air jika tidak selamat untuk di gunakan.

by,
wellc
SEPILOK EXPRESS
''ringkas,padat dan tepat''

2 ulasan:

TADIKA berkata...

Alah itu air bukan saja di sepilok bah tapi di Sandakan pun begitu, cuba bayangkan Bekalan air di Sandakan di ambil dari sungai di Sibuga ( kalau dulu ) di kepala pam Jabatan air kuning2 bah itu tai mmenyangkut, baru di proses tapi bersihkah itu, lebihkurang 10 tahun juga saya guna itu air semasa saya tinggal di Batu 1.5 Jalan labuk, agak-agak sayapun ampit jugalah bekalan air yang kualitinya dipersoalkan tapi apa boli buat kalau dulu drinking water kurang di kedai mineral adalah tetapi yang 500 ml pun itu musim RM2 mana mampu gaji baru Rm 295.00 sebulan

Tanak Dusun berkata...

tu la bah ni....banyk ja pembgunana tapi....lagi banyk dia punya keburukan huhuhu