Ahad, 15 November 2009

Orang Asal Dan Hutan




Hutan yang masih hijau,keadaan kampung yang cantik dan bersih daripada pencemaran alam.....serta sungai yang masih terjaga daripada pencamaran....

Orang Asal Dan Sumber Hutan Dalam kehidupan Seharian



kalau dahulu,orang asal tidak perlu turun ke bandar,pekan untuk membeli ikan,daging dan sayur-sayuran untuk di makan.ini kerana,semua sumber yang di perlukan ada di kampung mereka...lihat gambar tersebut seorang belia menangkap ikan untuk makanan...

Ahad, 4 Oktober 2009

PENDUDUK DI SEPILOK RAYU BEKALAN AIR BERSIH




SANDAKAN : Sebilangan penduduk di sini mengeluh kerana air paip yang dibekalkan oleh Jabatan Air
ke rumah mereka berbau dan mengandungi rasa yang kurang menyenangkan.

Hampir dua bulan lebih lamanya penduduk disini terpaksa menggunakan air yang berbau dan kurang menyenangkan.
Ini menimbulkan keraguan terhadap mereka untuk meminum air tersebut walaupun sudah di masak.
Puan Clarissa selaku suri rumah sepenuh masa menyatakan, "kami terpaksa membeli mineral water dari kedai,kerana
tidak begitu yakin dengan keadaan air sekarang" jelasnya sewaktu di temubual.

Keadaan ini amat membebankan penduduk di sini kerana terpaksa berbelanja lebih untuk membeli air minum.
Ditambahkan lagi sudah hampir menjelang Hari Raya Aidilfitri yang sememangnya memerlukan air yang bersih bagi
menyambut perayaan tersebut.

Pihak yang berkenaan sepertinya masih belum mengambil langkah- langkah bagi mengatasi masalah tersebut.
Seharusnya,masalah ini di ambil serius kerana air amat penting untuk kehidupan seharian.Jika air tidak
bersih dan tidak selamat untuk di gunakan bagaimana kita menjalani kehidupan?Kerana air adalah
segala-galanya bagi manusia.

Oleh yang demikian,pihak yang seharusnya tidak harus membiarkan masalah air ini berterusan.Kerana.
apalah ertinya setitik air jika tidak selamat untuk di gunakan.

by,
wellc
SEPILOK EXPRESS
''ringkas,padat dan tepat''

PENDUDUK KAWASAN TONGOD NANTIKAN BEKALAN ELEKTRIK DAN BEKALAN AIR BERSIH

TONGOD:Penduduk Kampung Namukon,Kampung Maliau,Kampung Minusoh,Kampung Mananam dan Kampung Nampaganag meminta kerajaan atau yang berkenaan memandang serius perkara tersebut.

Penduduk kampung berharap bekalan elektrik dapat di sambung di salurkan di setiap kampung,seperti mana yang di janjikan oleh kerajaan,kerana bekalan elektrik yang di salurkan sudah tidak jauh daipada kampung yang memerlukan memerlukan.Penduduk di beberapa buah kampung amat berharap agar bekalan elektrik dapat di salurkan dengan segera.Ini kerana keperluan yang amat mendesak,khususnya kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang memerlukan cahaya lamapu untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran.Ibu bapa di kampung berkenaan juga mengharpkan bahawa anak-anak mereka akan dapat belajar mengunakan internet (IT),ini kerana kawasan tersebut berada di kawasan pendelaman di tengah-tengah sabah.
salah seorang penduduk kampung Namukon mengatakan" selain daripada bekelan elektrik ,penduduk kampung juga menghadapi masalah bekalan air bersih yang telah tercemar oleh pembuka-pembuka ladang kelapa sawet di kampung tersebut. En.Tinus ketua kampung namukon,mengatakan bahawa perkara ini telah lama berlarutan,sehiggahkan salah seorang pegawai kesihatan saya(k.k.Tinus) dan menyerahkan borang kepada saya,untuk di isi oleh orang kampung supaya memohon air timbah sebagai air bersih.Pegawai kesihatan tersebut mengatakan dia akan mengambil borang tersebut,tetapi sehinggah sekarang pegawai tersebut belum lagi datang mengabil borang tersebut,dan borang itu masih di tempat saya kata encik tinus.

Khamis, 23 Julai 2009

SESI BERGAMBAR BERSAMA DENGAN PESERTA BENGKEL CLC DI SUAUSINDAK PENAMPANG



Penampang:satu bengkel yang telah di anjurkan oleh PACOS trust yang bertajuk PUSAT PEMBELAJARAN KOMUNITI,telah di adakan di pejabat baru PACOS trust.Bengkel tersebut bertujuan memberi penerangan kepada komuniti di setiap jaringan PACOS supaya mengetahuai bahawa,tadika komuniti sekarang sudah menjadi pusat pembelajaran komuniti.

Selasa, 21 Julai 2009

PENDEDAHAN PELATIH LMM DI THAILAND



Hai...semua ini adalah gambar,kami semesa lawatan sambil belajar di chiang mai thailand minggu lepas...semasa lawatan sambil belajar selama 5hari itu,pelbagai aktiviti yang telah kami lakukan.Antaranya,adalah menuggang gajah,menaiki rakit,dan menunggang lembu. seterusnya kami di bawa pergi melihat, THIGER KINGDOM..Dalam masa yang sama,kami dapat melihat bagai mana EKOpelancongan memberi pendapatan sampingan kepada penduduk kampung yang berhampiran di sekitar itu.selain itu,tujuan semua aktiviti yang di buat itu,adalah menunjukan bahawa itu adalah cara hidup orang siam pada dahulu...

Isnin, 4 Mei 2009

PERTEMUAN BUDAYA KALI KE-16 DI ULU TOMANI TENOM

Pertemuan budaya pada kali ini akan di adakan di ulu tomani daerah Tenom.Kampung Alutok ulu tomani tenom,akan menjadi tuan rumah untuk pertemuan budaya kali ke-16 dengan bertemakan,"BERSAMA MEMARTABATKAN INSTITUSI TRADISI DAN UNDANG-UNDANG ADAT ORANG ASAL".Tema yang dipilih pada kali inin adalah untuk melihat,bagaimanakah keadaan institusi tradisi dan undang-undang adat dalam setiap komuniti/kaum.selain itu ia adalah untuk mengenal pasti apakah jurang/kelemahan dan kekeurangan yang sangat ketara dalam pengamalan institusi tradisi dan juga undang-undang adat pada masa kini dan seterusnya mencari jalan penyelesaian ke arah memperkukuhkan institusi tradisi dan juga undang-undang adat.

Pertemuan Budaya kali ini akan berlangsung selama 3 hari iaitu dari 3-6 /june/2009.Kampung Alutok ulu tomani adalah terletek 64km dari pekan tenom.Pejalanan ke sini akan mengambil masa selama 1 jam 30 minit,dengan mengunakan kenderaan pacuan 4 roda.Jarak Kota kinabalu ke daerah tenom adalah sejauh 100km.

Pelbagai aktiviti yang akan diadakan pada masa tersebut,iaitu seperti pertandngan menyumpit,melastik,tup belon,tiup tepung dan lumba perahu darat.Selain itu terdapat juga aktiviti seperti malam budaya dan juga pertandingan lagu ciptaan dengan mengunakan bahasa teradisi sendiri.Sepanjang hari pertemuan budaya tersebut, akan di adakan, bahan pameran yang berkaitan dengan kehidupan orang asal di sabah.Selain itu tamu-tamu juga akan di adakan sempena pertemuan budaya ini.Dan penduduk kampung akan berpeluang menjual hasil-hasil tanaman dan kraf-kraf tangan mereka.




Tarikh:3-6/06/2009
Tempat:Rumah kebudayaan kampung Alutok Tenom